Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi menjadi juara di hati rakyat Malaysia apabila berjaya membawa pulang pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di kejohanan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.
Acara di hari terakhir ini menyaksikan pelbagai momen berharga. Salah satunya termasuk hubungan erat yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga atlet berbeza negara yang sama-sama berkongsi pentas kemenangan Olimpik kali ini.
Azizulhasni dilihat menunjukkan isyarat kepada pemenang gangsa, Harrie Lavreysen untuk mengangkat Jason Kenny dan sama-sama menjulang sang juara dari Great Britain itu.
Gelagat ketiga-tiga pelumba ranking dunia ini menunjukkan semangat setiakawan di arena sukan yang patut dijadikan contoh.
Dalam pada kita meraikan kemenangan perak Azizulhasni, tak dilupakan, atlet muda berjiwa kental, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang telah memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Shah Firdaus berjaya menamatkan perlumbaan suku akhir pagi tadi walaupun berada di tempat terakhir. Beliau sebelumnya menghadapi kemalangan dan tercedera dalam aksi kelayakan ke suku akhir semalam, namun masih terus berentap hari ini.
Tahniah buat semua atlet yang telah membawa nama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020 kali ini.
Sumber: Astro Arena