Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Sampai Kerusi Bergayut Atas Kipas,” Keadaan ‘Tenat’ SK Wan Ibrahim Selepas Banjir Surut Di Kuala Lipis

Tidak dinafikan apabila banjir sudah surut, pasti banyak benda nak diuruskan. Tambah-tambah lagi jika berlaku banjir besar, seluruh kawasan rumah, pejabat dan sekolah harus dibersihkan.

Perkongsian daripada salah seorang guru di sekolah Kuala Lipis berkongsi beberapa foto keadaan selepas air banjir surut. Bukan sahaja perlu dibersihkan malah banyak perabot dan kelengkapan sekolah rosak.

Doakan kami warga SK Wan Ibrahim Kuala Lipis, Pahang sentiase bsemangat…tengok krusi yang bergayutan diatas kipas ter, bayangkan sekumpulan guru wanita yang berumur 50-an terpaksa menurunkannye kembali..

Inilah antara foto-foto keadaan sekolah tersebut selepas dinaiki air banjir.

Sumber: Amir Jengkua