Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sanggup Berhutang Nak Lepas Ketagih, Isteri Resah Suami ‘Gila’ Ketum Sampai Badan Kering Nampak Tulang

Gambar: CARI Infonet via Google

Hati isteri mana yang tidak luluh sekiranya melihat melihat suami “tegar” ketum, luahan si isteri kepada salah seorang penagih air ketum. Majoriti penagih air ketum ini adalah orang-orang dewasa dengan warga emas dilapor turut terjebak.

Sesetengah orang berpendapat, air ketum ini boleh menjadi penawar kepada penyakit tertentu. Bagi pengamal air ketum, mereka mendakwa air ini menjadi sumber tenaga buat mereka untuk melakukan kerja-kerja sepanjang hari.

Namun begitu, ia juga boleh bertukar menjadi minuman yang memabukkan jika diamalkan dalam kuantiti yang banyak. Lebih parah jika sekiranya ia dicampur dengan bahan asing seperti ubat batuk, air bergas dan ubat nyamuk.

Baru-baru ini, Agensi Anti Dadah Kebanggsaan Daerah besut berkongsikan luahan dan kisah seorang isteri kepada penagih air ketum ini. Untuk itu, mari kita hayati perkongsian yang menyentuh hati di Facebook AADK Besut.

LUAHAN ISTERI TENTANG SUAMI KETAGIH MINUM AIR KETUM

Suami saya memang minum ketum sebelum kawin lagi. Alasan dia untuk tenaga lelaki dan untuk kerja.

Sekarang kami dah ada anak. Anak dah nak masuk 2 tahun. Saya nampak perubahan ketara pada suami sejak saya pregnant. Dia semakin panas baran. Stok ketum tak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.

Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 34. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang. Dia asyik dengan air ketum. Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nak kena minum.

Duit gaji tak pernah cukup. Saya sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat.

Duit belanja dapur pun tak bagi. Sewa rumah pun saya bayar. Bila tanya mesti kena marah. Sampai dah nak naik tangan. Saya stress.

Saya tak tahu macam mana lagi nak selesaikan masalah ni. Saya nak semua ni selesai cepat. Anak saya semakin membesar. Saya tak mahu anak saya terganggu emosi.

Panjangkan luahan ni. Inilah luahan hati seorang isteri.

Anda yang kaki ketum anda rasa anda sakit jika tak ambil ketum. Tapi sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga.

*Gambar Sekadar Hiasan

#Ketum

#TakPerluStimsGuys

#LebihBaikCegah

luahan si isteri
Gambar: Facebook AADK Besut
luahan si isteri
Gambar: Facebook AADK Besut

Sumber: AADK Besut