Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sanusi Kekal Presiden KFA

KFA
Kredit: Facebook Persatuan Bola Sepak Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor kekal menerajui Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebagai Presiden bagi penggal 2026 hingga 2030.

Kedudukan itu disahkan menerusi sesi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KFA yang baharu bagi penggal berkenaan, berlangsung hari ini.

Kredit: Facebook Persatuan Bola Sepak Kedah

Sanusi mengekalkan jawatan tersebut selepas menang tanpa bertanding, manakala legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din turut kekal sebagai Timbalan Presiden KFA menerusi keputusan sama.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK), Datuk Zuraidi Rahim dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden KFA.

Beliau akan mengisi jawatan berkenaan bersama Datuk Kamil Din dan Dato’ Syed Yussof Syed Othman.

Untuk rekod, sesi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KFA itu merupakan sebahagian daripada Kongres Tahunan KFA Kali Ke-51 yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman.

Intipati
  • Muhammad Sanusi Mohd Nor kekal menerajui KFA sebagai Presiden bagi penggal 2026 hingga 2030.
  • Sanusi menang tanpa bertanding, manakala Radhi Mat Din turut kekal sebagai Timbalan Presiden KFA.
  • Datuk Zuraidi Rahim dipilih Naib Presiden KFA bersama Datuk Kamil Din dan Syed Yussof.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan