Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Saya Bos..." Seloroh Trump Ketika Lewat Hadir Pada Sidang G7

Trump Santai Berseloroh Sewaktu Sidang Mesyuarat G7
Kredit: France 24

"Saya Bos..." Seloroh Trump Ketika Lewat Hadir Pada Sidang G7

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mencuri perhatian apabila kehadirannya di sidang mesyuarat Kumpulan Tujuh (G7) yang diadakan pada Rabu semalam.

"Saya boss.." seloroh Trump sewaktu hadir dalam sidang berkenaan yang berlangsung pada 15 hingga 17 Jun di Perancis.

Mesyuarat yang dipimpin oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron itu diadakan selepas para pemimpin mengeluarkan kenyataan bersama yang berpotensi mengukuhkan kedudukan Kyiv dalam rundingan damai yang mungkin diadakan dengan Moscow.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, bersama sekutunya hadir ke sidang kemuncak G7 dengan harapan dapat meyakinkan Trump bahawa serangan balas Ukraine membuahkan hasil dan Rusia tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan syarat bagi sebarang perjanjian damai.

Kenyataan bersama dan komen para pemimpin menunjukkan bahawa Trump kini lebih terbuka terhadap hujah yang dikemukakan Zelenskyy selepas bertahun-tahun bersikap skeptikal.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyifatkan perkembangan itu sebagai perubahan sebenar dalam pendekatan Amerika Syarikat terhadap perang di Ukraine, sambil menganggap sidang kemuncak tersebut sebagai satu kejayaan.

Sidang kemuncak G7 yang berlangsung di Kanada tahun lalu berakhir tanpa sebarang pendirian bersama mengenai isu Ukraine.

Sementara itu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, turut berkata para pemimpin berjaya mencapai titik persamaan dengan Trump, dan perkara itu tidak semestinya boleh dianggap mudah.

Di samping itu, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney turut memuji perubahan pendirian yang berlaku di pihak Amerika Syarikat dan juga Presiden Trump. Tahun lalu, Trump meninggalkan sidang kemuncak G7 sehari lebih awal susulan situasi di Timur Tengah.

Tahun ini pula, barisan pemimpin dilihat lebih lega apabila beliau kekal sehingga ke penghujung sidang meskipun tiba lewat di persidangan tersebut.

Malah, beliau juga turut bersetuju dengan beberapa kenyataan bersama yang merangkumi isu Ukraine, kecerdasan buatan (AI) dan mineral.

Pada sebelah malam juga, beliau dikatakan hadir bersama dengan barisan pemimpin lain ke majlis makan malam mewah di Istana Versailles.