Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Saya Rindu & Sayang Atuk 1000 Juta Kali”, Adik Adam, Cucu Najib Hadir Ke Mahkamah Hari Ini
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi meghadiri perbicaraan berkaitan kes meminda laporan audit 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.
Turut hadir di Kompleks Mahkamah KL, anaknya Nooryana Najwa bersama cucunya, Adam Razak untuk melihat prosiding perbicaraan tersebut.
Dalam pada itu, Adam Razak yang merupakan cucu beliau sempat meluahkan kerinduan kepada atuknya menerusi perkongsian Noryana melalui laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Kita akan ke pejabat atuk hari ini,” soal Adam yang ditulis oleh ibunya menerusi ruangkan kapsyen.
Disamping itu, Adam juga mempersoalkan dan berasa aneh dengan pengawal bersenjata berjalan bersama Datuk Seri Najib Razak semasa tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama ibunya pagi tadi.
“Sebab mereka nak lindugi atuk daripada sebarang bahaya, sayang,” balas Nooryana.
Turut dibawa bersama sekeping kertas dengan tulisan ‘Saya rindu dan sayang atuk 1000 juta kali atuk’ bersama lambaian atau ‘flying kiss’, jelas Yana di akhir kapsyen tersebut.
Terdahulu, Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Peserkutuan mengekalkan sabitan, hukuman dan denda yang diputuskan sebelum ini.
Mantan Perdana Menteri itu diarahkan menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula 23 Ogos.
BACA: Wanita Ditahan Cuba Larikan Barangan Hampir RM1,000, Teman Lelaki Diburu
Sumber: Yananajib (Instagram)