Dalam memasak, bukan sahaja kesedapan yang perlu diambil kira namun juga kualiti dan tahap kebersihan sesuatu hidangan.
Tambah pula, hidangan yang tidak bersih mungkin akan memberikan pelbagai kesan kepada tubuh badan seseorang terutama kepada kanak-kanak.
Menerusi kiriman Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau berkongsi kisah ibu yang memberikan anaknya makan ayam yang mempunyai kesan darah pada bahagian sendi tulang sehingga menyebabkan anaknya keracunan makanan. Beliau menasihati ibu bapa di luar sana untuk lebih peka mengenai kebersihan dalam makanan.
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari