Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebuah Jabatan Di Wisma Negeri Ditutup Dua Hari Selepas Seorang Kakitangan Positif Covid-19

SEREMBAN, 11 Mei – Pentabiran kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengesahkan seorang kakitangan sebuah jabatan di Wisma Negeri didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.

Iklan

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata jabatan berkenaan ditutup selama dua hari bagi kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya, setelah siasatan dan perbincangan dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.

“Sementara itu, operasi jabatan lain di Wisma Negeri boleh berjalan seperti biasa berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 3 Tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Razali berkata pentadbiran kerajaan negeri akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman COVID-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan warga kerja dan pelanggan yang berurusan.

Sumber: Bernama