Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sedih, Hadirin Saling Berpelukan Di Upacara Pengebumian Mangsa Korban Serangan Di Chrischurch

Beratus orang telah berkumpul di tanah perkuburan Christchurch hari ini (20 Mac) untuk upacara pengebumian pertama mangsa serangan dua buah masjid di New Zealand.

‘Hari perpisahan’ ini nyata menggamit perasaan hiba semua yang berada di sana berikutan mereka yang terkorban ini ‘pergi’ dengan cara yang begitu tragik (pembunuhan beramai-ramai)

Pagi ini, ratusan orang berkabung dan berkumpul di sebuah perkuburan yang berada tidak jauh dari Masjid Linwood.

Mereka saling menyapa dan memeluk sesama mereka.

Hadirin yang datang memluk dan saling menyapa (Gambar : Stuff.co)

Antara yang hadir ialah Abdul Aziz, pelarian Afghanistan yang berani menyelamat dan berdepan dengan lelaki bersenjata itu sewaktu serangan di Masjid Linwood.

Abdul Aziz (Gambar : Saudiagazzete.co.sa)

Dia dipeluk oleh ramai hadirin yang berada disitu.

Pegawai masih belum mengumumkan nama mereka yang dikebumikan teteapi menurut sumber AFP yang berada di situ, terdapat dua jenazah yang bakal di dikebumikan.

Majistret Jocelyn Ritchie memberitahu media bahawa selesai disolatkan, jenazah akan dibawa oleh ahli keluarga dan sahabat ke tempat mereka bakal disemadikan.

Pihak berkuasa masih berusaha untuk mengembalikan jenazah yang lainnya kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Mereka juga berkata untuk mempercepatkan proses autopsi untuk mengenal pasti mangsa.

Pihak berkuasa mengatakan mereka melakukan semua yang mereka dapat untuk mempercepatkan autopsi dan pengenalan rasmi mereka yang terbunuh.

Sumber : BBC , Chanelnewsasia.com

Jawatan Kosong di Siakap Keli

Kami mencari mereka yang berminat mengisi jawatan Penulis di Siakap Keli

  • Kelayakan minimum Diploma dan keatas

  • Mempunyai pengetahuan luas tentang isu semasa

  • Mengusai bahasa Melayu dan English dengan baik, mengusai bahasa ketiga adalah satu kelebihan

  • Menepati masa dan bertanggungjawab

Jika berminat, email resume dan CV ke [email protected]