Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekiranya Anda Dijangkiti COVID-19 Selepas Dos Pertama, Anda Masih Perlu Menerima Dos Kedua Vaksin – KKM

Gambar: Parents.com

Individu yang dijangkiti COVID-19 selepas dos pertama masih perlu menerima dos kedua vaksin, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsian di Facebook.

Walau bagaimanapun, aktiviti itu akan dilakukan setelah individu terbabit telah sembuh daripada jangkitan COVID-19 selepas terima vaksinasi dos pertama.

Menurut infografik yang bersumberkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) itu, vaksinasi akan diatur setelah pesakit tidak mengalami sebarang gejala lagi dan telah selesai tempoh kuarantin.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai sebarang persoalan dinasihati untuk dapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia