Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekolah Berasrama Di UK Lantik AI Sebagai Pengetua

Syed Faisal Sayed Muhammad
ai pengetua sekolah
Kredit Geoff Cole/Cottesmore School

Sekolah Berasrama Di UK Lantik AI Sebagai Pengetua

Robot AI bernama Abigail Bailey dilaporkan telah dilantik sebagi pengetua di sebuah sekolah swasta di United Kingdom, lapor Daily Mail.

Menurut seorang lagi pengetua, Tom Rogerson di Sekolah Cottersmore, West Sussex berkata bahawa dia percaya Bailey akan memainkan peranan yang penting di sekolah.

Difahamkan, sekolah berasrama itu telah bekerjasama dengan pembangun AI untuk mencipta robot yang mampu menyokong guru dalam tugas mereka.

Dengan kehadiran Bailey di sekolah itu, Rogerson berharap ia dapat memberi nasihat tentang isu-isu yang mampu menyokong rakan sekerja dan membantu murid yang mengalami ADHD dan menulis dasar sekolah.

Teknologi itu dikatakan berfungsi cara yang sama dengan ChatGPT, sebuah perkhidmatan AI dalam talian di mana ia akan menjawab soalan pengguna.

Rogerson berkata, pengetua AI telah dibangunkan untuk mempunyai banyak pengetahuan dalam pembelajaran mesin dan pengurusan pendidikan.

AI itu juga dikatakan memiliki keupayaan untuk menganalisis jumlah data yang besar.

“Kadang kala, mempunyai seseorang atau sesuatu untuk membantu anda adalah sesuatu yang menyenangkan.

“Ia sangat menarik untuk mengetahui bahawa seseorang yang terlatih boleh membantu anda membuat keputusan. Namun, ia tidak bermakna anda tidak perlu mendapatkan nasihat daripada manusia. Sudah tentu anda perlukan,” kata Rogerson.

Tambah Rogerson, pekerjaan sebagai pemimpin sekolah, guru besar adalah satu pekerjaan yang sangat sunyi.

Kredit Geoff Cole/Cottesmore School

Cottesmore ialah sebuah sekolah berasrama penuh campuran bagi murid berumur empat hingga 13 tahun dengan yuran 32,000 pound sterling (RM185,000) setahun.

Dipercayai, Cottesmore adalah sekolah pertama di negara itu yang menggunakan AI sebagai pengetua pada awal tahun ini.

Rogerson percaya bahawa murid-murid perlu belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan kecerdasan buatan yang disifatkan sebagai teknologi pengubah dunia.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Walaupun pelantikan digital telah dibuat, Rogerson berkata bahawa dia tidak akan menggantikan tugas guru manusia dengan robot.

“Kami melangkah ke masa depan sambil mengekalkan nilai teras pendidikan tradisional.

“Pengenalan AI bukan tentang menggantikan pendidik kami yang berdedikasi tetapi untuk menambah keupayaan mereka. Terutamanya dalam memastikan pelajar kami menerima pendidikan yang sebaik mungkin,” katanya lagi.

Sumber: Daily Mail