Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali.
Beliau berkata, pemberian itu akan disalurkan sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang sambutan 7 dasawarsa kemerdekaan.
Menurut Anwar, inisiatif berkenaan dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40).
Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh beliau pada hari ini.

