Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Selamat Bergraduasi Rayyan”, Ibu Hanya Mampu Sunting Gambar Bersama
Perkongsian gambar graduasi kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan oleh ibunya hari ini mengundang hiba ramai pengguna media sosial.
Ismanira Abdul Manaf, 29, memuat naik perkongsian tersebut di Facebook miliknya pagi tadi.
Difahamkan, Zayn Rayyan merupakan salah seorang penerima anugerah dalam sambutan Majlis Konvokesyen Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai 2, Kuala lumpur.
Menurut Ismanira, Zayn Rayyan menerima Anugerah Peningkatan Terbaik Dalam Kelas Prasekolah Sesi 2023/2024.
Selamat bergraduasi Zayn Rayyan
“Mommy bangga dengan setiap pencapaian Abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian Abang, mommy tetap bangga.
“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai 2 di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam, ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.
“Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je,” katanya pada Jumaat.
Pada majlis itu, Ismanira dilihat hadir bersama suami dan anak keduanya.
Dalam satu hantaran di Instagram Story pula, Ismanira berkata Zayn yang dipanggil abang itu pasti gembira dengan majlis berkenaan.
Katanya, Zayn turut menerima pelbagai hadiah lain dalam majlis berkenaan.
Hantaran tersebut nyata mengundang sebak warga maya yang memahami kesedihan yang terpaksa dilalui wanita tersebut.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 di Apartmen Idaman, Kuala Lumpur. Ismanira kemudian membuat hebahan melalui media sosial meminta bantuan orang ramai mengesan anakya.
Pada 6 Disember, jasad Zayn yang sudah tidak bernyawa ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya.
Siasatan polis dan bedah siasat kemudian mengesahkan kanak-kanak malang itu mati dipercayai dibunuh.
Ia selepas pihak polis menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Sumber: Facebook/Izz Manaf