Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bkk tambahan selangor
Kredit: Bernama

Selangor Umum BKK Tambahan Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri

Azizah Najib

Selangor Umum BKK Tambahan Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri

SHAH ALAM, 19 Mac (Bernama) — Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 susulan prestasi semasa kewangan negeri yang memberangsangkan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK tambahan yang diberikan menerusi Insentif Rekod Hasil Negeri itu akan disalurkan secara berperingkat selewat-lewatnya 15 April ini sebagai menghargai jasa mereka yang telah bertungkus-lumus dalam meningkatkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

Beliau berkata insentif yang akan memanfaatkan kira-kira 18,000 penjawat awam negeri itu melibatkan implikasi kewangan lebih RM26 juta.

“Berdasarkan prestasi yang baik dengan kutipan hasil setakat hari ini berjumlah RM691 juta, maknanya kita berada di landasan yang betul dan sebab itu saya umumkan beberapa insentif untuk penjawat awam di Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Mahabbah Ramadan MADANI bersama Penjawat Awam Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 mengumumkan penjawat awam negeri Selangor menerima BKK sebulan gaji sempena Aidilfitri yang akan dilunaskan pada 25 Mac ini.

Sementara itu, Amirudin berkata insentif Rekod Hasil Negeri itu juga dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya dan Penggerak Belia Selangor dengan bayaran setengah bulan elaun ataupun minimum RM500.

“Petugas masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

“Sebagai penghargaan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri Selangor seperti anggota polis, tentera, guru dan jururawat, kerajaan negeri turut akan menyumbang sebanyak RM250 kepada mereka dengan gaji pokok RM3,000 dan ke bawah,” katanya.

BACA: Malaysia Rekod Kerugian RM933.4 Juta Akibat Banjir Pada 2024

Sumber: Bernama