Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selepas Dilanda Gempa Kuat 8.8M, Giliran Gunung Berapi Di Rusia Pula Meletus

Fazidi
gunung berapi rusia meletus
Gambar: RIA Novosti

Selepas Dilanda Gempa Kuat 8.8M, Giliran Gunung Berapi Di Rusia Pula Meletus

Gunung Berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia dilapor meletus selepas wilayah itu digegar gempa bumi kuat 8.8 magnitud, hari ini.

Menurut agensi berita kerajaan Russia Information Agency (RIA) Novosti, laporan berhubung kejadian letusan gunung berapi itu diterbitkan oleh Perkhidmatan Geofizik Bersatu Akademi Sains Rusia.

Berdasarkan maklumat awal yang diterbitkan, lava panas dikesan turun menerusi bahagian cerun di barat gunung berapi berkenaan.

Manakala cahaya terang kelihatan di puncak gunung berapi tersebut serta bunyi letupan turut kedengaran.

Pihak berkuasa tempatan pada minggu lepas turut mengingatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke gunung berapi itu susulan peningkatan aktiviti gunung berapi yang dikesan di kawasan tersebut.

Gunung Berapi Klyuchevskoy mempunyai ketinggian kira-kira 4,850 meter dari aras laut dan terletak di daerah Ust-Kamchatsky.

Kali terakhir gunung berapi tersebut meletus adalah pada April tahun ini.

BACA: Gempa Kuat 8.8M: Ombak Tsunami Tiba Di California, Amerika Syarikat

Sumber: RIA Novosti, USA Today