Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sembilan Negeri Dan Kuala Lumpur Dijangka Dilanda Ribut Petir Hingga 5 Petang

ribut
Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 5 petang ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan seluruh kawasan Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Kedah, meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Sik, Padang Terap, Baling dan Pokok Sena.

Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah Timur Laut dan Barat Daya, manakala di Perak membabitkan Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Sementara itu, di Selangor, amaran berkenaan melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan pula, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Rembau dan Port Dickson.

Bagi Sarawak, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kuching, termasuk Kuching dan Bau, selain Samarahan, Betong, Sarikei yang merangkumi Sarikei dan Pakan serta Serian termasuk Siburan.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pitas dan Kota Marudu di Kudat, selain Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Pantai Barat.

Amaran turut melibatkan Telupid dan Paitan di Sandakan serta Tambunan di kawasan Pedalaman.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang.
  • Seluruh Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka termasuk dalam kawasan dijangka dilanda cuaca buruk.
  • Amaran turut melibatkan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan