Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sesetengah orang tu ada yang terlalu excited sehinggakan belum capai umur yang sepatutnya untuk berkahwin dah mula untuk tempah pakej perkahwinan. Kalau masih belajar, teruskan sehingga tamat jangan cuba fikir benda yang belum tentu terjadi di masa hadapan.
Sama seperti apa yang terjadi kepada seorang jurufoto ini di mana dia menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp, pelajar berusia 15 tahun ingin menempah pakej gambar perkahwinan untuk 2025.
Bunyi agak kelakar, lelaki ini kononnya memberi ‘amaran keras’ dengan menujukkan garfu yang berada di tangannya kepada individu tersebut.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Facebooknya itu, bakal ‘pengantin’ tersebut mahu membuat tempahan awal untuk mengelakkan harga perhidmatan jurufoto yang akan dikenakan tidak tinggi di kemudian hari.
Apabila ditanya, rupa-rupanya ‘bakal pengantin’ baru berusia 15 tahun dan merancang untuk masjlis perkahwinan selepas tamat pengajian di universiti mungkin pada tahun 2025.

Bagaimanapun ramai yang menyangka lelaki bergarfu itu adalah budak tingkatan 3, tetapi salah, itu adalah jurufoto tersebut.
Sumber: Norhelmy Ahmad