Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wartawan Kongsi Foto Terakhir Nagaenthran Sebelum Hukuman

foto terakhir negaenthran

Nagaenthran K Dharmalingam telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Changi pagi ini dan mayatnya dihantar pulang ke Ipoh.

Dalam satu ciapan daripada seorang wartawan Singapura, Kirsten Han berkongsi sekeping gambar terakhir mendiang yang diambil sebelum mendiang menjalani hukuman gantung.

Menerusi ciapan tersebut memaklumkan pakaian yang dipakai oleh mendiang merupakan pakaian yang dibeli oleh ahli keluarganya. Menurut adik mendiang, Navin Kumar, pakaian yang digayakan merupakan antara pakaian kegemarannya.

foto terakhir negaenthran

”Bagi keluarganya, Nagaenthran merupakan seorang anak yang baik, walaupun dia sudah tiada tetapi kasih sayangnya tetap dirasai. Hari ini, dia telah pulang ke alam abadi,” kata Kirsten lagi.

Terdahulu dalam laporan Bernama, selepas permohonan ibunya ditolak, mahkamah membenarkan Nagaentran berpegangan tangan dengan tujuh ahli keluarganya yang hadir di kamar mahkamah.

Berasal dari Perak, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 selepas didapati bersalah mengedar 42.72g heroin oleh Mahkamah Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Mendiang sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu mendiang positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.

Pada 7 November 2021, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.

Sementara itu, pada 3 Disember, Presiden Singapura, Halimah Yacob berkata, Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.

BACA: Ada Kawasan Berdepan Hujan, Ini Ramalan Cuaca Untuk Hari Raya Pertama Seluruh Negara

Sumber: Kirsten Han