Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
senarai barangan sara
Gambar: BERNAMA

Senarai Baharu Barangan SARA Akan Dikemas Kini Sebelum Ramadan

BERNAMA

Senarai Baharu Barangan SARA Akan Dikemas Kini Sebelum Ramadan

SUNGAI PETANI (Bernama) -- Senarai baharu barangan keperluan yang boleh dibeli menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikemas kini selewat-lewatnya sebelum Ramadan tahun ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata terdapat permintaan supaya barangan keperluan lain turut ditambah dalam senarai barangan yang boleh dibeli termasuk barangan basah.

Barangan basah antara diteliti masuk senarai baharu SARA

"Ada pandangan yang diberikan oleh beberapa pihak, dan kementerian sedang meneliti untuk memasukkan barangan lain kerana ada permintaan untuk memasukkan barangan basah seperti ikan, ayam dan sebagainya.

"Kita jangkakan sebelum Ramadan ini ia dapat dilaksanakan supaya menjelang Aidilfitri, atau perayaan-perayaan lain selepas ini, dapat memberi kelegaan kepada masyarakat (untuk membeli barangan)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai aktiviti gotong-royong sempena Program Menyelusuri Desa - Jelajah Kasih MADANI di Surau Kampung Perak, Bukit Selambau, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan akan melihat mekanisme terbaik bagaimana untuk memperluas skop SARA bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

"Kita sedang lihat mekanisme yang terbaik bagaimana dapat memperluas skop SARA, tidak hanya terhad kepada senarai sedia ada.

"Selain itu, lebih banyak kedai-kedai kecil khususnya di kawasan luar bandar juga akan diberi ruang supaya penerima bantuan SARA dapat membeli barangan di kedai berkenaan," katanya.

Beliau berkata saban tahun bilangan penerima bantuan SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan berubah.

"Peruntukan keseluruhan berjumlah RM15 bilion, bulan ini kita buat semakan semula dan keluarkan senarai baharu bagi penerima SARA dan STR.

"Setiap tahun berbeza, ada yang keluar daripada kategori miskin dan ada yang baru masuk sebab itu pemberian SARA agak terlewat sedikit tahun ini, supaya yang layak menerimanya," katanya.