Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Senarai Kadar Zakat Fitrah 2026 Ikut Negeri
Seperti yang diketahui, zakat merupakan Rukun Islam yang ke-4. Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya Allah SWT menyuruh umatnya menunaikan kewajipan ini.
Zakat ini juga terdiri daripada pelbagai kategori, berbeza, seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, dan banyak lagi.
Salah satu zakat yang sentiasa ditunaikan setiap kali ketibaan bulan Ramadan adalah Zakat Fitrah. Ia adalah wajib untuk dikeluarkan ke atas setiap umat Islam yang mampu sama ada daripada golongan tua atau muda.
Menerusi pembayaran zakat fitrah ini, umat Islam dapat menyucikan harta dan diri, selain mampu membantu golongan fakir miskin.
Jenis pembayaran juga bergantung kepada makanan asasi sesebuah negeri seperti beras dengan kadar yang telah ditetapkan.
Memandangkan bulan Ramadan sudah pun hampir tiba, lembaga zakat setiap negeri telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi tahun 2026.
Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah bagi setiap negeri bagi tahun ini;
Perlis
RM9
Kedah
RM9
RM15
RM23
Pulau Pinang
RM10
RM15
RM25
Perak
RM10
RM16
RM25
Kelantan
RM10
RM22
Terengganu
RM10
RM20
Pahang
RM8
RM14
RM21
Selangor
RM8
RM16
RM25
Negeri Sembilan
RM7.50
RM12
RM20
Melaka
RM8
RM15
RM22
Johor
RM8
RM10
RM20
Sarawak
RM7.50
Sabah
RM7.50
RM15
Seluruh Wilayah Persekutuan
RM8
RM15
RM25
