Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Muadzam Shah

Gambar: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Muadzam Shah, 16 Julai – Seorang wanita maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di sini sebentar tadi.

Menurut Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, kemalangan di Jalan Muadzam-Pekan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan Ford Ranger.

Seramai tiga mangsa cedera telah diselamatkan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dan Muadzam Shah.

Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital Muadzam Shah menggunakan ambulan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Gambar: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Gambar: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Gambar: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Gambar: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Sumber: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang