Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Pegawai JPJ Cedera, Dua Terselamat, Pacuan Empat Roda Terbalik 

Iqbal Yasir
jpj pacuan empat roda terbalik
Gambar: Bernama

Seorang Pegawai JPJ Cedera, Dua Terselamat, Pacuan Empat Roda Terbalik

KUANTAN, 14 Dis (Bernama) — Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera manakala dua lagi terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbalik di KM152 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata dalam kejadian pada kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger milik JPJ itu sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Akibat kemalangan itu penumpang belakang berusia 45 tahun mengalami kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di zon kuning Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Remaja Lemas Ketika Berenang Bersama Rakan Di Tasik

Menurut Mazlan dua lagi pegawai iaitu pemandu dan penumpang hadapan masing-masing berusia 34 tahun dan 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kenderaan hilang kawalan dan melanggar tebing tanah di laluan bertentangan sehingga terbalik,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: BERNAMA