Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Pegawai Kanan SPRM Ditahan Disyaki Terlibat Kes Curi Barang Kes Bernilai USD6 Juta – Bukit Aman

Satu tangkapan telah dibuat ke atas seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki terlibat dalam kes curi barang bernilai USD 6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan oleh pihak polis berhubung kesalahan memiliki dadah berbahaya, senjata api serta peluru.

“Sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka berhubung dengan tangkapan ini iaitu (di bawah) Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960, dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula 22 hingga 25 September 2021 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: PDRM