Pihak pengurusan 7-Eleven Malaysia dalam satu kenyataan media di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang pekerjanya di cawangan M City Ampang dilapor positif COVID-19 hari ini.
”Pekerja terbabit kali terakhir melaporkan diri untuk bertugas pada 30 Oktober 2020 dan kini menerima rawatan di hospital.
”Semua individu yang berkontak rapat dengan pekerja terbabit telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah sehingga kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa.” kata kenyataan itu lagi.
7-Eleven turut memaklumkan kes ini merupakan kes terkawal dan kerja disinfeksi di stor terlibat sudahpun dijalankan.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak pengurusan telah menutup stor berkenaan untuk sementara waktu.
”Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan menyeru semua pelanggan kami mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM kerana keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan pekerja adalah keutamaan kami.”

Sumber: 7-Eleven Malaysia
