Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Sepang is back.." Ini Respon George Russell, Kimi Antonelli Curi Perhatian Ramai

George Russell
Kredit: MercedesAMGF1

"Sepang is back.." Ini Respon George Russell, Kimi Antonelli Curi Perhatian Ramai

Tidak dinafikan, Litar Antarabangsa Sepang (CIA) antara trek yang paling ditunggu-tunggukan oleh sukan permotoran dunia.

Lebih-lebih buat sukan Formula 1 (F1) apabila lebih 9 tahun salah satu litar paling mengujakan itu 'hilang'.

Menerusi pengumuman kembali F1 di Sepang, menyaksikan ia mendapat sambutan hangat di seluruh dunia, bahkan mencuri perhatian pemandu kenderaan F1.

Baru-baru ini, dua pelumba pasukan Mercedes, George Russell dan Kimi Antonelli mencuri perhatian ramai selepas meluahkan keterujaan mereka mengenai kehangatan litar ikonik Malaysia tersebut.

Kongsi mereka yang mewakili pasukan Mercedes, Malaysia bukan sekadar lokasi perlumbaan biasa, malah ia merupakan laman pangkalan utama bagi penaja rasmi mereka, PETRONAS.

"Sepang is back.."

Kongsi George Russell, litar ikonik Malaysia itu mempunyai tempat yang istimewa di sudut hatinya.

Sejak kecil, dia amat gemar dengan litar berkenaan kerana sering bermain permainan simulasi F1 di trek berkenaan.

Dengan kembalinya litar ini, dia begitu teruja untuk beraksi di Sepang memandang tidak pernah memandu di litar itu secara fizikal.

"Mempunyai perlumbaan di Malaysia, Sepang akan jadi sangat, sangat hebat. Sepang sebenarnya merupakan litar kegemaran saya semasa kecil apabila saya selalu memainkannya dalam permainan video F1

"Saya tidak pernah memandu di sana, tetapi saya rasa seperti sangat mengenalinya kerana kerap memandu di situ, jadi ia pasti sangat menyeronokkan. Dan sudah tentu, ia juga tempat asal PETRONAS. Jadi ya, ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan," katanya.

Sementara itu, pelumba muda, Kimi Antonelli mendedahkan kehadiran Sepang bakal memberi impak besar buat pasukannya.

Sepang Ujian Sebenar

Tegasnya, aksi di Sepang merupakan medan perlumbaan tempatan yang sebenar bagi rakan rakan strategik mereka.

"Oh, Sepang kembali. Jadi itu sebenarnya perlumbaan laman sendiri yang sebenar buat PETRONAS. Ia merupakan litar yang sangat menarik, jadi saya fikir ia akan jadi amat luar biasa,” ulas Kimi

Ketika ditanya sama ada beliau pernah memandu di sana secara maya, Kimi menjawab, “Ya, sudah tentu.”

Namun apabila ditanya jika beliau pernah memandu di sana dalam kehidupan sebenar, beliau mengeleng kepala sambil menjawab, “Tidak, belum pernah. Sebab itulah saya rasa ia akan menjadi satu pengalaman yang sangat menarik.”

Sepang Ada Tempat Istimewa Pada Pelumba F1

Reaksi ini menunjukkan bahawa litar ikonik Malaysia ini mempunyai sesuatu yang istimewa yang tiada pada litar-litar lain.

Cuaca yang sukar diramal, selekoh dan sudut yang mencabar menjadikan ia salah satu 'kegilaan'' buat para pelumba.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya khususnya peminat sukan permotoran dari Malaysia sudah tidak sabar menantikan F1 GP Bahrain ini.

Malah, ada yang menganggap Sepang merupakan 'rumah' buat sukan F1.