Kebiasaanya, bunga tangan yang dipegang oleh pengantin perempuan akan menghiasi atau menaikkan ‘seri’ gambar perkahwinan. Namun berbeza kali ini apabila sepasang pengantin memilih ‘bunga tangan’ daripada ular. Memang ‘rare’ dan seram sejuk dibuatnya!
Gambar-gambar tersebut menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lepas setelah dimuat naik di laman instagram rasmi TPE.CO, jurugambar yang bertanggungjawab merakamkan momen indah pasangan berkenaan.
Pasangan tersebut dikenali sebagai Rohazren Mat Ali Chaen dan Mimi Syamimi di Facebook juga dilihat sangat berani bergambar bersama haiwan eksotik tersebut.
Pandainya ular beraksi


Menurut pemilik TPE.CO, Azim Syahmi, dua ular sawa yang digunakan di dalam gambar berkenaan adalah milik pengantin lelaki yang telah dipelihara sejak kecil. Amboi, patut lah sayang sangat!

Ular ganti bunga tangan


Ular dah ada pasangan rupanya haha




Gambar yang dimuat naik tersebut telah mendapat perhatian daripada netizen kerana unik dan luar daripada kebiasaan konsep gambar perkahwinan sedia ada.
Rata-ratanya memuji, namun tak kurang juga yang merasa ‘seram sejuk’ dan takut melihat ular melingkar di tangan dan badan pengantin.
”Seram sejuk tengok”

”Macam comel je”

”Cantik la corak ular”

Sumber : Azim Syahmi/TPE.CO
