Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik
Misteri, seorang wanita menemui sekeping gambarnya yang diikat pada sebatang ranting berduri di dalam sebuah botol rumah teman baiknya.
Menurut Asanda Teedow, dia telah menemui objek misteri itu di dalam almari rakannya.
“Baru jumpa benda ini dalam almari kawan baik saya. Saya perempuan di dalam gambar. Tak pasti apa maknanya. Ada sesiapa tahu apa ini? Dia di dalam tandas dan saya agak takut untuk berhadapan dengannya,” tulis Asanda.

Perkongsiannya mendapat perhatian lebih 19 ribu netizen. Ada antara mereka yang percaya bahawa ia merupakan objek digunakan untuk tujuan sihir.


“Saya fikir dia menyihir nasib kamu di dalam botol. Jika kamu selalu bernasib buruk, itulah sebabnya.”

Terbaru, Asanda berkongsi pengalamannya setelah bertemu dengan dua orang paderi.
“Kulit ular, kemenyan dan darah dibalutkan ke dalam plastik kecil dengan subang saya yang hilang dan gambar saya diletakkan bersama.
“Ini sangat menakutkan buat saya. Tak tahu nak rasa apa,” katanya.

Amalan sihir wujud berkurun lamanya dalam segenap masyarakat di seluruh dunia dengan matlamat menghancurkan orang lain.
Justeru, kita diingatkan agar sentiasa berpegang teguh dan terus membina kekuatan dalaman dengan amal ibadah seperti solat, zikir dan doa.
Sumber: Asanda Teedow