Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Serangan Udara Israel: Masjid Bersejarah Di Gaza Musnah – Kementerian Luar Negeri Palestin

Masjid bersejarah Gaza musnah
Kredit X/ State of Palestine

Serangan Udara Israel: Masjid Bersejarah Di Gaza Musnah – Kementerian Luar Negeri Palestin

Masjid bersejarah Gaza, Masjid Al-Omari yang terletak di Bandar Jabalia, utara Semenanjung Gaza dilaporkan telah musnah ekoran serangan udara oleh Israel.

Perkara itu dilaporkan oleh Kementerian Luar Negeri Palestin di akaun rasmi X mereka pada petang tadi.

Perkongsian itu turut menyertakan bersama beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan masjid terbabit selepas serangan.

Masjid Al-Omari adalah antara masjid yang tertua di Palestin.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: X/ State of Palestin