Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau anda seorang peminat fanatik Spider-Man, pasti terbayang nak sangat jalankan misi adiwira macam Peter Parker.
'Terbang' ke sana, ke sini di keliling bandar New York, betul tak?
Haa... itu lah perasaan bila min sendiri dapat peluang rasai pengalaman penerbangan bertema Scoot x Sony Pictures: Spider-Man: Brand New Day baru-baru ini.
Peluang terbang 'Far From Home' ke destinasi penuh sejarah, Hangzhou, China, memang betul-betul bagi aura Brand New Day yang luar biasa.

Mana tidaknya, dari awal langkah masuk kabin lagi, suasana dah 'vibe' lain macam.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pesawat Scoot, mata min terus dimanjakan dengan cetakan decals Spider-Man di dinding kabin dan sarung penyandar kepala (headrest covers) khas bertema.

Tak cukup dengan itu, sepanjang perjalanan, cuping telinga dihiburkan dengan alunan lagu tema filem Spider-Man: Brand New Day.
Rasa macam Peter Parker tengah fly melintasi pencakar langit! Tempat duduk yang selesa dan layanan mesra kru kabin buat penerbangan jarak sederhana ke Hangzhou ini rasa sekejap sangat.

Selain itu, suasana kabin juga seolah-olah buatkan anda macam berada dalam dunia Peter Parker.
Tak cakap banyak, sepanjang 4 hari 3 malam di Hangzhou, min terus Brand New Day ke tempat-tempat menarik di sini antaranya;
Tasik West Lake (Xi Hu)

Tasik legenda yang tersergam indah dan menenangkan. Di sini, pengunjung dapat berjalan di tepi tasik sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa memang buat fikiran rasa tenang, sesuai sangat untuk cuci mata dan ambil gambar OOTD.
Perkampungan Teh Longjing

Di sini, anda boleh lihat sendiri ladang teh hijau yang terbentang luas dan menghijau. Dapat pula pekena teh Longjing segar yang baru dipetik, memang terangkat aroma dia.
Hefang Street

Syurga buat peminat street food, seni kraf, dan cenderamata tradisional. Suasana malam di sini meriah dengan hiasan lentera merah dan seni bina zaman silam China.
Masjid Phoenix (Phoenix Mosque / Masjid Fenghuang)

Salah satu masjid tertua dan berunsur sejarah penting di China. Seni binanya yang menggabungkan elemen tradisional Cina dan Islam memang memukau pandangan, di samping menjadi lokasi persinggahan mesra Muslim.
Pengalaman terbang bersama pesawat Spider-Man x Scoot ini betul-betul 'kena' dengan konsep "Brand New Day" itu sendiri.

Bukan sahaja dapat meneroka keindahan Hangzhou secara santai, malah perjalanan di udara itu sendiri dah jadi satu kenangan manis yang takkan dilupakan di sana.