Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Serpihan Daripada Letusan Gunung Merapi Litupi Sungai Berdekatan

gunung merapi
Gambar: Detik News

Gunung Merapi yang terletak di tengah Pulau Jawa dilaporkan telah mengalami letusan sejak malam tadi dan menghamburkan abu panas ke beberapa kawasan berhampiran.

Terbaru, Sungai Gendol di kawasan pelancongan Kaliadem, Daerah Istimewa Yogyakarta dipercayai telah ditutupi dengan bahan-bahan dari gunung berapi itu.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh Detik News, dapat dilihat bahawa sungai tersebut dipenuhi dengan kesan abu panas dan bahan letusan yang mengalir akibat peningkatan aktiviti di gunung merapi itu sejak semalam.

Gambar: Detik News

Penduduk dan pihak berkuasa juga dilihat sedang memantau keadaan di sungai itu.

Terdahulu, Ketua Badan Geologi Indonesia, Eko Budi Lelono berkata berdasarkan hasil pemantauan visual dan instrumental, pihaknya dapat merumuskan bahaya letupan Merapi iaitu muntahan lahar dan abu panas.

Gambar: Detik News

Gunung berapi itu telah mengalami peningkatan aktiviti volkanik dengan munculnya longsoran abu panas sejauh 5 meter ke arah tenggara pada Rabu.

Selain itu, berlakunya luncuran lava pijar sebanyak tujuh kali dengan maksimum 1.8 meter ke arah barat daya.

Gambar: Detik News

Susulan itu, seramai 253 penduduk telah berpindah secara sementara ke lokasi yang lebih selamat. Daripada jumla itu, 60 orang adalah penduduk di Kabupaten Klaten, Daerah Jawa Tengah dan 193 orang di Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta.

Terdahulu, gunung berapi paling aktif di tengah Pulau Jawa dengan ketinggian 2986 mdpl mengalami erupsi dan mengeluarkan muntahan setinggi 10 kilometer pada jam 11.30 malam tadi.

Sebagai salah satu gunung berapi paling aktif, gunung ini juga sangat berbahaya kerana ia akan mengalami letusan setiap dua hingga lima kali dalam setahun serta turut dikelilingi oleh pemukiman yang padat.

Sumber: Detik News