Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

ShopeePay Perkenal ‘SpayLater Motorcycle’
Shopee Malaysia terus memperkukuh rangkaian jualan dengan memperkenalkan pilihan pembiayaan baharu yang dikenali sebagai SPayLater Motorcycle.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di Facebook ShopeePay pada Selasa.
Dalam hantaran itu, Shopee memaklumkan pengguna yang layak berpeluang mengakses kredit sehingga RM20,000, dengan penawaran tempoh pembayaran balik yang fleksibel sehingga 60 bulan.
Walau bagaimanapun, SPayLater Motorcycle kini tersedia untuk pengguna terpilih sahaja dan akan diperluas kepada lebih ramai pengguna secara berperingkat tidak lama lagi.
Antara jenama motosikal yang ditawarkan adalah Aprilia, Ariic, Aveta, Benelli, Brixton, CF Moto, CMC, Hanway, Honda, Kawasaki, Keeway, KTM, KYMCO, Lambretta, MODA, Modenas, QJ Motor, Royal Alloy, SM Sport, Suzuki, SYM, Vespa, Vego, WMoto, Yamaha, Zeeho dan Zontes.
Perkhidmatan ini disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.
Lebih menarik, pengguna tidak perlu bimbang kerana perkhidmatan ini juga disahkan patuh Syariah oleh Amanie Advisors.
Apa itu SPayLater Motorcycle?
SPayLater Motorcycle ialah perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang direka khas untuk pembelian motosikal.
Perkhidmatan ini menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah dengan memberi fleksibiliti bayaran melalui ansuran bulanan yang mampu milik. Sekali gus menjadikan pemilikan motosikal lebih mudah dan berpatutan.
Sumber: Shopee, FB ShopeePay