Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SIA Gantung Lebih Banyak Penerbangan Ke Dubai Dan Jeddah Akibat Konflik Timur Tengah
SINGAPURA, 1 Mac (Bernama) -- Kumpulan Singapore Airlines (SIA) pada Ahad mengumumkan pembatalan lebih banyak penerbangan ke dan dari Dubai serta Jeddah sehingga 7 Mac berikutan konflik yang sedang berlangsung di Timur Tengah.
Dalam kenyataan, penerbangan yang terjejas adalah SQ494 dari Singapura ke Dubai dan SQ495 (Dubai-Singapura) dari 28 Feb hingga 7 Mac, lapor CNA.
Selain itu, penerbangan Scoot juga akan dibatalkan melibatkan TR596 dari Singapura ke Jeddah dan TR597 (Jeddah-Singapura) yang dijadualkan dari 2 hingga 5 Mac dan 7 Mac.
Syarikat penerbangan itu telah membatalkan penerbangan pada Sabtu selepas serangan ke atas Iran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
“Kami menasihatkan pelanggan agar mengemas kini maklumat hubungan melalui fungsi urus tempahan di laman web SIA dan Scoot atau melanggan perkhidmatan notifikasi mudah alih untuk menerima maklumat terkini penerbangan.
“Kami akan terus memantau situasi di Timur Tengah dengan rapat dan akan menyesuaikan laluan penerbangan mengikut keperluan,” kata SIA.
Menurut hantaran Instagram flightradar24, ruang udara di rantau itu termasuk Iran, Iraq, Qatar, Bahrain, Kuwait, Syria dan Emiriah Arab Bersatu kekal ditutup sepenuhnya sehingga Ahad, manakala ruang udara di Arab Saudi ditutup sebahagiannya.