Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, MAHA 2024 akan kembali lagi menemui korang bermula 11 sehingga 22 September 2024. Penganjuran kali ini juga masih mengekalkan lokasi yang sama iaitu di MAEPS Sedang.
Setiap kali penganjuran, MAHA pasti akan menjadi tumpuan pengunjung untuk menikmati pelbagai pameran dan aktiviti. Mengikut sejarah, penganjuran terakhir MAHA adalah pada 4 Ogos – 14 Ogos pada tahun 2022 yang lalu, telah berjaya menarik hampir 2 juta orang pengunjung.
Walau bagaimanapun, penganjuran kali ini boleh dianggap sangat istimewa memandangkan MAHA 2024 merupakan penganjuran ke 100 tahun sejak ianya diperkenalkan sejak tahun 1923. Melangkaui satu abad penganjuran, MAHA 2024 pada kali ini akan diangkat lebih tinggi ke peringkat antarabangsa.
MAHA edisi 2024 akan memberikan penekanan terhadap elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara. Ia secara tak langsung boleh mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan dan mengangkat minat golongan muda untuk turut serta.

Sebelum itu, baik korang ambil tahu dulu tentang objektif serta tema yang mengangkat tema penganjuran pada tahun ini. Penganjuran MAHA 2024 akan berlandaskan lapan fokus utama iaitu:
Sambutan 100 Tahun MAHA
Pertanian
Kelestarian
Modal Insan MADANI
Teknologi
Agro Pelancongan
MAHA Go Global dan;
Pelaburan

Tema untuk MAHA 2024 adalah “Menuai Harapan Memberi Masa Depan” bagi melambangkan matlamat kita untuk mendapatkan hasil dan kejayaan pada masa hadapan dengan inovasi yang sedang diusahakan sekarang.
Penganjuran MAHA 2024 pada kali ini akan membawa kelainan melalui usaha mempromosikan MAHA Go Global kepada negara-negara luar untuk turut serta mempamerkan teknologi pertanian di samping membuka peluang potensi pelaburan kepada sektor agro makanan negara. Sesuai dengan perkara itu, tiga hari yang pertama iaitu 11-13 September 2024 dibuka khusus untuk komuniti perniagaan (B2B) di Dewan C dan bagi lain-lain segmen dibuka untuk dilawati oleh semua bermula 11 hingga 22 september 2024.
Dalam masa sama, selain sasaran tiga juta pengunjung, MAHA edisi kali ini juga turut meletakkan beberapa sasaran lain antaranya RM6 bilion nilai memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA), RM40 juta nilai jualan langsung, RM600 juta potensi pembiayaan dan padanan perniagaan melalui jangkaan 4,000 permohonan dan 10 juta capaian media.

Ha bahagian ni paling menarik sebab MAHA 2024 akan adakan 6 tarikan terbaru yang sebelum ini tak pernah ada pun. Barulah semangat nak pergi nanti bila ada benda baru boleh buat kan. Antaranya ialah
Magical At Night And Water Show
Kids Attraction
Rhythm of Farmers
Agro Fit
Sunflower Garden
Floating Market
Jika dilihat senarai ni, min rasa Floating Market akan jadi tumpuan ramai, sebab boleh rasa vibe-vibe macam ada kat Hatyai. Tak kurang juga dengan persembahan magikal dan persembahan air, pasti akan memukau pandangan korang dengan formasi cahaya-cahaya lampu di tengah-tengah tasik.

Selain daripada 6 tarikan terbaru MAHA 2024 ini, terdapat 13 pavilion negeri yang mana setiap pavilion akan menampilkan ciri-ciri setiap negeri di Malaysia mengikut keunikan masing-masing. Bukan itu sahaja, MAHA 2024 kali ini akan dihiasi dengan persembahan artis jemputan juga. Nak tahu siapa artisnya, kena lah tunggu.
Jadi, mesti korang dah tak sabar nak tunggu tarikh keramat 11 September sebab nak cepat-cepat mengunjungi MAEPS, Serdang kan. Jangan lupa juga ajak kawan-kawan, keluarga serta jiran-jiran untuk turut sama memeriahkan MAHA 2024 yang tahun ni membawa pelbagai kelainan. Tahun ini dijangkakan 3 juta pengunjung yang akan hadir, jadi korang pun kena sertai juga sebagai salah seorang pengunjung.
Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi maklumat, boleh je layari laman web rasmi MAHA 2024 di SINI.