Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Signature Buka Gedung Pameran Utama Di Damansara, Realisasikan Visi ‘Dari Dapur Ke Seluruh Kediaman’

Signature
Dari kiri: Neoh Guan Hau, Ketua Operasi Smartverse Smart Home Solutions; James Leow, Pengarah Jualan dan Pembangunan Perniagaan Signature International Berhad; Lau Kock Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad; Ken Goh, Pengarah Jualan dan Operasi Signature Reno Works; dan Diana Danielle, Duta Rasmi bagi 48-Hour Trade-In Programme.

PETALING JAYA, 23 Oktober 2026 - Signature International Berhad (Signature) hari ini melancarkan gedung pameran utamanya di Damansara Furnishing Centre, Kayu Ara, bersempena ulang tahunnya yang ke-32, sekali gus merealisasikan visi ‘Dari Dapur ke Seluruh Kediaman’. Berbekalkan kepakaran dalam dapur premium, Signature kini memperluas tawarannya ke seluruh ruang kediaman dengan menghimpunkan kabinet, perkhidmatan pengubahsuaian, kelengkapan kediaman dan penyelesaian rumah pintar dalam satu ruang yang diselaraskan secara menyeluruh.

Gedung pameran ini direka bentuk beteraskan keperluan pemilik rumah sepanjang proses pengubahsuaian dan penataan kediaman. Pengunjung berpeluang meneroka konsep ruang kediaman, membandingkan bahan serta berbincang mengenai keperluan mereka untuk merealisasikan inspirasi idea reka bentuk melalui perancangan dan pelaksanaan praktikal. Pembukaannya turut menjadi tumpuan Kempen Ulang Tahun Ke-32 Signature di seluruh negara serta pengenalan siri dapur kontemporari terbaharunya, ‘Quiet Form’.

Ditubuhkan pada 1994, Signature membina reputasinya berteraskan reka bentuk dapur, kualiti, fungsi dan mutu pertukangan. Kepakaran Signature merangkumi peruncitan, pembuatan, pembekalan dan pemasangan projek, pengubahsuaian, integrasi sistem rumah pintar serta kerja pemasangan kemasan dalaman.

Di Malaysia, rangkaian Signature merangkumi Wilayah Tengah, Utara, Selatan dan Pantai Timur serta Malaysia Timur. Di peringkat antarabangsa, capaian pasarannya meliputi Brunei, Kemboja, Filipina, Singapura dan Vietnam di Asia Tenggara, selain Bangladesh, India, Maldives dan Sri Lanka di Asia Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature, Lau Kock Sang berkata, “Sejak awal penubuhan, tumpuan kami adalah untuk menghasilkan ruang dapur premium yang berteraskan reka bentuk teliti, kualiti, fungsi dan mutu pertukangan. Bersandarkan warisan kecemerlangan ini dan kepercayaan pelanggan, visi ‘Kitchen & Beyond’ akan memacu kami untuk terus memperkembang tawaran ruang dapur, di samping memperluas kepakaran kami ke segenap ruang kediaman.

“Gedung utama di Damansara ini merealisasikan visi berkenaan dengan menyatukan reka bentuk, produk, perkhidmatan pengubahsuaian, teknologi dan kepakaran profesional dalam satu ekosistem bersepadu. Langkah ini membuka lembaran baharu bagi Signature dalam membantu pelanggan mentransformasikan kediaman mereka melalui proses yang lebih lancar dan memberikan inspirasi, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan seharian,” katanya.

Lau Kock Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis pembukaan rasmi kedai utama Signature di Kayu Ara.

Di Signature Flagship Store Damansara, koleksi kabinet Signature dipamerkan seiring dengan Signature Reno Works, panel dinding AGMO by Signature, penyelesaian rumah pintar Smartverse dan kelengkapan hiasan dalaman berasaskan tekstil Baagus. Gabungan penawaran yang saling melengkapi ini membuktikan bagaimana pelbagai elemen reka bentuk kediaman, pengubahsuaian, teknologi, dan kelengkapan rumah dapat diselaraskan secara harmoni.

Signature Reno Works memperluas kepakaran Signature melangkaui kabinet dengan menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian profesional yang merangkumi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, kerja pembinaan basah, kemasan dalaman serta penyeliaan projek khusus. Jaminan dua tahun bagi kerja-kerja pengubahsuaian ini memberikan keyakinan tambahan kepada pelanggan, selain mencerminkan komitmen Signature terhadap mutu kerja, kebertanggungjawaban dan piawaian perkhidmatan yang lebih tinggi dalam menetapkan penanda aras baharu bagi industri pengubahsuaian.

Signature International Berhad melancarkan kedai utama terbaharunya di Damansara Furnishing Centre, Kayu Ara. Dari kiri: Dato’ Che Halin Bin Mohd Hashim, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Signature International Berhad; Jessica Lim Mee Ding, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Signature International Berhad; Lau Kock Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad; Datuk Wira Chiau Haw Choon, Pengerusi Eksekutif Chin Hin Group Berhad; Datuk Darren Chang Chung Fei, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature Alliance Group Berhad; Shelly Chiau Yee Wern, Pengarah Eksekutif Signature International Berhad; dan Lee Ngai Khoon (Nicholas Lee), Ketua Pegawai Eksekutif, Projek Tempatan di Signature Cabinet Sdn Bhd.

Panel dinding AGMO by Signature menyerlahkan tekstur, kedalaman ruang, dan karakter pada ruang dalaman, sekali gus melengkapi koleksi kabinet Signature bagi mewujudkan ruang kediaman yang sepadu. Smartverse menggabungkan sistem automasi rumah pintar untuk meningkatkan tahap kemudahan, keselamatan, dan fungsi harian, manakala penataan kelengkapan berasaskan fabrik Baagus pula memberikan sentuhan pelengkap yang menyuntik keselesaan serta gaya ke dalam sesebuah rumah.

“Proses menyiapkan sesebuah kediaman boleh menjadi rumit apabila pemilik rumah terpaksa menyelaras urusan dengan pelbagai pembekal, kontraktor dan tenaga pakar secara berasingan. Matlamat kami adalah untuk memudahkan urusan tersebut di samping memberikan pelanggan keyakinan yang lebih tinggi, kesinambungan reka bentuk yang lebih baik, serta tahap kebertanggungjawaban yang lebih jelas di sepanjang proses berkenaan,” tambah Lau.

Tingkat bawah menempatkan ruang kediaman yang dihias dan dilengkapi sepenuhnya, manakala tingkat atas menyediakan ruang untuk mengenali produk, meneliti bahan dan mendapatkan khidmat perundingan.

Antara kemudahan yang disediakan ialah Signature Concept Gallery, Product Experience Zone, Inspiration Hall serba guna serta bilik mesyuarat dan perundingan khusus. Di sini, pemilik rumah boleh membincangkan cita rasa reka bentuk, pilihan produk dan keperluan pengubahsuaian bersama pakar Signature.

Turut diperkenalkan ialah ‘Quiet Form’, siri dapur baharu di bawah konsep Kontemporari Signature yang menampilkan kemewahan melalui reka bentuk bersahaja, kualiti bahan, perkadaran yang seimbang, pencahayaan dan perincian teliti.

‘Quiet Form’ menggabungkan permukaan bertekstur yang dapat dirasai, pencahayaan bersepadu dan fungsi tersembunyi dengan Satin Glass, permukaan Supermatt serta kemasan bercorak kayu dalam tona lebih gelap. Reka bentuk yang bersepadu dengan dinding menghubungkan dapur dengan ruang-ruang bersebelahan.

Pilihan palet ‘Day’ yang lebih cerah, ‘Night’ yang lebih gelap dan ‘Twilight’ yang menggabungkan kedua-duanya menampilkan gaya berbeza berteraskan identiti reka bentuk yang selaras, menghubungkan dapur dengan ruang dalaman di sekelilingnya. Selepas diperkenalkan di Damansara, Quiet Form dirancang untuk diperkenalkan secara berperingkat di bilik pameran Signature yang lain.

Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-32, Signature turut melancarkan kempen di seluruh negara yang berlangsung dari 23 Oktober hingga 29 November 2026 di bilik-bilik pameran yang mengambil bahagian.

Bertemakan “Lengkapkan Lebih Banyak Ruang Kediaman Anda dengan Ganjaran Ulang Tahun”, pemilik rumah berpeluang menikmati Ganjaran Ulang Tahun tambahan bernilai RM3,000 bagi setiap perbelanjaan RM10,000 untuk kabinet bina dalam tempahan khas yang terpilih. Ganjaran ini boleh ditebus untuk penambahan kabinet yang layak, termasuk kabinet dapur, almari pakaian, kabinet TV dan kabinet ruang legar, dengan keseluruhan bernilai sehingga RM15,000.

Bagi memeriahkan sambutan ini, pelanggan yang layak turut berpeluang membawa pulang peralatan rumah terpilih, termasuk mesin basuh atau peti sejuk, pada harga serendah RM32 setiap satu unit menerusi tawaran eksklusif pembelian dengan pembelian (PWP). Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan perlu memenuhi syarat kelayakan deposit dan pembelian serta mematuhi terma dan syarat kempen.

Lau berkata, “Perjalanan kami dibentuk oleh kepercayaan yang diberikan kepada Signature oleh pemilik rumah daripada pelbagai generasi. Ulang tahun ini memberi peluang kepada kami untuk menghargai pelanggan, rakan niaga dan warga kerja, di samping memberikan lebih nilai kepada rakyat Malaysia dalam merealisasikan kediaman yang mereka impikan”.

Acara pembukaan ini turut mengetengahkan kerjasama Signature bersama pelakon tanah air, Diana Danielle, selaku duta rasmi program tukar beli 48 jam, 48-Hour Trade-In Programme. Melalui penceritaan berteraskan gaya hidup, kerjasama ini mengetengahkan pengalaman transformasi kediaman untuk tatapan pengguna.

Orang ramai dijemput mengunjungi Gedung Pameran Utama Signature yang baharu di Damansara Furnishing bagi meninjau secara dekat siri dapur ‘Quiet Form’ terbaharu, meneroka rangkaian penyelesaian dapur dan ruang kediaman Signature yang lebih menyeluruh serta menikmati tawaran Ganjaran Ulang Tahun Ke-32 yang tersedia sehingga 29 November 2026.

Gedung pameran utama Signature yang baharu ini terletak di Unit G1, F1, G2 dan F2, Lot PT 317, Jalan Anggerik, Damansara Furnishing Centre, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Intipati
  • Signature membuka gedung pameran utama di Damansara sempena ulang tahun ke-32 syarikat.
  • Ruang baharu itu menghimpunkan kabinet, pengubahsuaian, panel dinding dan penyelesaian rumah pintar.
  • Siri dapur Quiet Form diperkenalkan, manakala kempen ganjaran berlangsung hingga 29 November.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan