Tanpa disedari, tahun 2020 berlalu pantas dan kita baru sahaja menyambut ketibaan tahun baharu 2021 tepat pada pukul 12 tengah malam.
Biasanya, tahun baharu yang menjelma akan disambut dengan azam-azam baharu untuk memperbaiki nilai kehidupan seseorang itu.
Namun, sesuatu yang tidak ‘sedap’ dipandang berlaku tanpa diduga apabila sikap sesetengah ‘orang kita’ yang masih tidak belajar daripada kesilapan lalu.
Pagi ini, jejantas Pintasan Saloma atau Saloma Link di Kuala Lumpur ‘diwarnai’ dengan sampah-sampah yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab, dipercayai mungkin berlaku pada malam tadi.
Lebih menyedihkan, ianya terjadi hanya selepas beberapa jam Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu 2021.
Gambar-gambar ini dimuat naik oleh pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di laman Facebook pagi ini.





