Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siri TV Harry Potter Bakal Tayang 2027

Azizah Najib
harry potter siri
Kredit: Aidan Monaghan/HBO

Siri TV Harry Potter Bakal Tayang 2027

New York – Penggambaran siri televisyen Harry Potter telah bermula dan dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2027, lapor AFP.

Penghasilan siri televisyen ini merupakan kali pertama karya popular Hollywood berkenaan diadaptasi ke skrin televisyen.

Siri ini merupakan adaptasi novel yang mendapat sambutan luar biasa dan turut menghasilkan filem pecah panggung serta pementasan teater. Siri baharu tentang kanak-kanak lelaki berparut tersebut kini dalam penggambaran di Warner Bros Studios, Leavesden, Britain.

Biarpun tarikh tayangan rasmi belum disahkan, siri berkenaan bakal ditayangkan di platform penstriman HBO Max.

Francais ini mengisahkan watak utama Harry Potter yang dibawa keluar dari kehidupan biasa dan diperkenalkan kepada dunia sihir. Di sana, beliau bersama rakan karibnya, Ron dan Hermione berjuang menentang kuasa kegelapan.

Penulis novel terlaris, JK Rowling menjadi penerbit eksekutif siri ini. Ia dirancang menjadi ‘siri selama sedekad’ dan bakal menampilkan pelakon baharu yang berbeza dengan versi filem.

Watak Harry Potter akan dilakonkan oleh Dominic McLaughlin, manakala Arabella Stanton membawakan watak Hermione Granger dan Alastair Stout sebagai Ron Weasley.

Sementara itu, pelakon terkemuka turut bakal muncul dalam siri ini antaranya John Lithgow sebagai Pengetua Albus Dumbledore, Paapa Essiedu sebagai Severus Snape dan Nick Frost sebagai Rubeus Hagrid.

Para peminat filem Harry Potter memberikan pelbagai reaksi berkaitan siri terbabit. Ada yang bersetuju dengan pembikinan semula kisah popular itu dan ada juga yang meluahkan rasa kurang senang.

Sumber: AFP

BACA: Pernah Derita Kanser Mulut, Keadaan Terkini Ainul Mardhiah Raih Perhatian Ramai

BACA: Pelakon Korea Selatan, Kang Seo Ha Meninggal Dunia