Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Skim Bantuan Pendaftaran YPJ Kini Dibuka, Semak Syarat & Cara Mohon

Skim Bantuan Pendaftaran YPJ Kini Dibuka! Semak Syarat & Cara Mohon
Gambar AI

Memasuki alam pengajian tinggi pastinya menjadi detik yang cukup bermakna buat setiap pelajar. Namun begitu, kos pendaftaran seperti bayaran yuran, pembelian keperluan pembelajaran, penginapan serta perbelanjaan awal sering menjadi cabaran kepada ramai keluarga.

Menyedari perkara tersebut, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sekali lagi tampil membantu menerusi Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) Sesi 1/2026, yang menawarkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pelajar baharu yang layak.

Inisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban kewangan keluarga, khususnya ketika pelajar membuat persiapan untuk memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi. Bantuan ini diharapkan dapat membantu penerima menampung sebahagian daripada kos awal kemasukan ke kampus serta memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa atau penjaga.

Apa itu Skim Bantuan Pendaftaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?

Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) merupakan salah satu inisiatif bantuan pendidikan yang diperkenalkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi membantu pelajar anak Johor yang baru memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Menerusi skim ini, pelajar yang layak akan menerima bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 bagi meringankan kos awal ketika proses pendaftaran pengajian seperti pembayaran yuran, pembelian keperluan pembelajaran, penginapan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Bantuan ini disasarkan kepada pelajar Tahun 1 (Semester 1) sesi pengajian 2026 yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di institusi yang memenuhi syarat kelayakan. Pelaksanaan skim ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Johor melalui YPJ dalam memastikan lebih ramai anak Johor berpeluang melanjutkan pengajian tinggi tanpa terlalu terbeban dengan kos permulaan.

Selain membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga, skim ini turut menjadi salah satu usaha memperkukuh akses kepada pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat Johor.

Permohonan dibuka sehingga 7 September 2026

Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) kini telah dibuka bermula 17 Ogos 2026 dan akan ditutup pada 7 September 2026. Oleh itu, pemohon disaran membuat permohonan seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada saat akhir.

Skim ini terbuka kepada pelajar yang bakal memulakan pengajian sepenuh masa bagi Tahun 1 (Semester 1) sesi pengajian 2026 di institusi yang diiktiraf mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran Johor.

Bantuan RM500 untuk meringankan kos pendaftaran

Melalui skim ini, setiap pemohon yang berjaya akan menerima bantuan sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off). Walaupun jumlah tersebut mungkin tidak menampung keseluruhan kos pendaftaran, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar membeli keperluan asas seperti buku, alat tulis, kelengkapan kolej, bayaran penginapan mahupun yuran berkaitan pendaftaran.

Bantuan seperti ini amat bermakna terutama kepada keluarga yang mempunyai beberapa orang anak yang sedang melanjutkan pengajian dalam tempoh yang sama.

Siapa yang layak memohon Skim Bantuan Pendafatara YPJ ini?

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, YPJ telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh setiap pemohon.

Antara syarat utama ialah pemohon mestilah lahir di Negeri Johor dan mempunyai alamat Johor pada MyKad atau dilahirkan di luar Johor tetapi masih mempunyai alamat Johor yang didaftarkan pada MyKad.

Selain itu, pemohon perlu merupakan pelajar yang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf. Ini termasuk:

  • Universiti, politeknik, kolej dan institusi pengajian awam yang diiktiraf.

  • Universiti swasta, Kolej Kemahiran Johor, Kolej Universiti YPJ (KUYPJ) serta KUIJSI.

  • Program Matrikulasi.

Dari segi peringkat pengajian pula, skim ini meliputi pelajar yang mengikuti program:

  • Asasi

  • Sijil

  • Diploma

  • Ijazah Sarjana Muda

Pemohon juga mestilah merupakan pelajar Tahun 1 (Semester 1) bagi sesi pengajian 2026 dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Di samping itu, syarat pendapatan turut diambil kira. Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM10,000 sebulan, berdasarkan pengiraan pendapatan per kapita terendah yang ditetapkan oleh pihak YPJ.

Cara mohon Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) YPJ

Proses permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi eYPJ. Pemohon hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah berikut:

  1. Daftar akaun sebagai pengguna baharu di portal eYPJ.

  2. Log masuk menggunakan emel atau nombor kad pengenalan bersama kata laluan yang telah didaftarkan.

  3. Pilih menu “Skim Bantuan Pendaftaran”.

  4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat.

  5. Muat naik dokumen sokongan yang diminta.

  6. Semak semula maklumat sebelum menghantar permohonan.

Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat bagi mengelakkan sebarang kelewatan semasa proses semakan.

Senarai dokumen yang perlu disediakan

Sebelum membuat permohonan, pemohon digalakkan menyediakan semua dokumen penting terlebih dahulu supaya proses permohonan dapat dilakukan dengan lebih lancar.

Antara dokumen yang perlu dimuat naik ialah:

  • Salinan kad pengenalan pelajar.

  • Salinan penyata akaun bank milik pelajar.

  • Surat tawaran kemasukan ke institusi pengajian.

  • Slip pendaftaran institusi, slip bayaran yuran, slip pendaftaran subjek atau slip pendaftaran kolej.

  • Salinan kad pengenalan bapa.

  • Slip gaji bapa atau borang pengesahan pendapatan.

  • Salinan kad pengenalan ibu.

  • Slip gaji ibu atau borang pengesahan pendapatan.

  • Salinan kad pengenalan penjaga (jika berkaitan).

  • Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan penjaga.

  • Dokumen sokongan lain seperti sijil nikah, sijil perceraian atau sijil kematian sekiranya berkaitan.

Pemohon dinasihatkan memastikan setiap salinan dokumen jelas dan mudah dibaca bagi memudahkan urusan semakan oleh pihak YPJ.

Kelulusan bergantung kepada peruntukan

Walaupun memenuhi semua syarat kelayakan, pemohon perlu mengambil maklum bahawa kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kuota penerima serta peruntukan tahunan Yayasan Pelajaran Johor. Oleh itu, tidak semua permohonan yang diterima semestinya akan diluluskan.

Atas sebab itu juga, pelajar yang layak disaran membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan serta memastikan semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.

Kesimpulannya, Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) Sesi 1/2026 merupakan antara usaha Yayasan Pelajaran Johor dalam membantu anak-anak Johor memulakan perjalanan pendidikan tinggi dengan lebih yakin. Bantuan RM500 yang disediakan mungkin kelihatan sederhana namun ia mampu mengurangkan sebahagian beban kewangan yang perlu ditanggung ketika proses pendaftaran pengajian.

Sekiranya anda atau ahli keluarga memenuhi syarat yang telah ditetapkan, jangan lepaskan peluang ini. Lengkapkan permohonan sebelum 7 September 2026 dan pastikan semua dokumen sokongan disediakan dengan sempurna bagi melancarkan proses permohonan.

Intipati
  • YPJ membuka permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Sesi 1/2026 hingga 7 September 2026.
  • Pelajar baharu yang layak akan menerima bantuan one-off RM500 bagi kos pendaftaran pengajian.
  • Permohonan dibuat melalui portal eYPJ dengan dokumen sokongan dan tertakluk kepada peruntukan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan