Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SME Corp. Malaysia Peruntuk RM230,000 Biayai Audit National Mark Of Malaysian Brand

SME

SME Corp. Malaysia Peruntuk RM230,000 Biayai Audit National Mark Of Malaysian Brand

SME Corp. Malaysia telah memperuntukkan RM230,000 bagi membiayai kos audit pensijilan National Mark of Malaysian Brand (NMMB) untuk 40 syarikat terpilih, melibatkan permohonan bagi tahun 2025 dan 2026. Melalui Program tersebut, sebanyak 180 syarikat Malaysia telah menerima pengiktirafan berprestij ini.

Sembilan (9) daripadanya telah dianugerahkan Malaysian Brand Heritage Award semasa di Program BrandQuest 2026 dan Majlis Apresiasi NMMB yang dirasmikan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hari ini.

Anugerah tersebut merupakan penghargaan kepada syarikat yang telah mengekalkan pensijilan NMMB selama 15 tahun atau lebih. Syarikat tersebut ialah Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd., Fire Fighter Industry Sdn. Bhd., Goodnite Sdn. Bhd., Halagel (M) Sdn. Bhd., K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufacturing Sdn. Bhd., Tomei Signature Sdn. Bhd., Passive Fire Protection Sdn. Bhd., Sydney Cake House Sdn. Bhd. dan Seasonings Specialties Sdn. Bhd.

YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berucap di Majlis Perasmian Program BrandQuest 2026 & Majlis Apresiasi National Mark of Malaysian Brand, 17 Ogos 2026 di Kuala Lumpur.

Menurut YB Steven Sim, jenama Malaysia perlu mencerminkan nilai dan bukan sekadar harga murah, keselamatan dan kesihatan, serta inovasi berbanding imitasi untuk kekal berdaya saing dalam persekitaran global yang semakin mencabar. Tiga ciri tersebut semakin penting ketika dunia berdepan perubahan teknologi yang pantas, persaingan ekonomi yang semakin sengit serta ketidaktentuan global. “Malaysian Brand harus mencerminkan nilai, bukan sekadar harga. Kita tidak lagi mempunyai kelebihan untuk bersaing semata-mata atas harga murah.”

“Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, Malaysia juga mempunyai kelebihan sebagai sebuah negara yang selamat dan dipercayai. Produk dan jenama Malaysia perlu membawa keyakinan dari segi keselamatan, kebersihan dan kesihatan. Selain itu, kita perlu bergerak daripada imitasi kepada inovasi. Kita mesti sentiasa berada di hadapan dengan idea dan inovasi sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu, YBhg. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi SME Corp. Malaysia pula berkata, “Kita mahu bergerak daripada sekadar “Made in Malaysia” kepada “Chosen from Malaysia”, iaitu membina jenama yang bukan sahaja dihasilkan di Malaysia, tetapi dicari, dipilih dan dipercayai oleh pengguna di seluruh dunia. Malaysian Brand bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, malah merupakan sebahagian daripada ekosistem yang menghubungkan penjenamaan dengan akses pasaran, pembangunan perniagaan dan pengantarabangsaan.”

YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia melalui kenyataannya kepada media pula berkata, “Melalui BrandQuest 2026 dan Program Pensijilan NMMB, SME Corp. Malaysia menyediakan platform untuk PKS meningkatkan keupayaan penjenamaan serta mengangkat jenama Malaysia agar lebih diyakini.

YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (tengah) bersama penerima Anugerah Malaysian Brand Heritage Award. Turut kelihatan dalam gambar YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP); YBhg. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi SME Corp. Malaysia; YBhg. Dato' Haji Aznel bin Ibrahim, Pengerusi DDEC; YBrs. Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia; YBrs. Tuan Ts. Md Adha bin Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd.;dan YBrs. Puan Wan Mohalina binti Wan Mohammad, Ketua Pegawai Eksekutif DDEC.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, tanda dagangan Malaysian Brand di bawah Program NMMB telahpun berdaftar di 12 negara iaitu United Kingdom, Itali, Australia, New Zealand, Kanada, Turkiye, Korea Selatan, Georgia, Hungary, Brunei, Indonesia dan Kemboja lantas memperkukuh pengiktirafan jenama Malaysia di persada dunia.”

Program BrandQuest 2026 yang bertemakan “The Power of Branding: Elevating Malaysian Enterprises to Global Standards” dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC).

Seramai 350 peserta daripada pelbagai sektor industri telah mengikuti siri masterclass dan sesi perkongsian ilmu bersama tokoh industri yang membincangkan strategi penjenamaan, inovasi, pengalaman membangunkan perniagaan serta pendekatan praktikal dalam meningkatkan penglibatan pelanggan dan mengukuhkan kedudukan jenama di pasaran.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP); YBhg. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi SME Corp. Malaysia; YBhg. Dato' Haji Aznel bin Ibrahim, Pengerusi DDEC; YBrs. Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia; YBrs. Tuan Ts. Md Adha bin Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan YBrs. Puan Wan Mohalina binti Wan Mohammad, Ketua Pegawai Eksekutif DDEC.

Intipati
  • SME Corp. Malaysia memperuntukkan RM230,000 untuk audit pensijilan NMMB bagi 40 syarikat terpilih.
  • Sembilan syarikat menerima Malaysian Brand Heritage Award kerana mengekalkan pensijilan NMMB lebih 15 tahun.
  • BrandQuest 2026 menghimpunkan 350 peserta untuk membincangkan penjenamaan, inovasi dan pengantarabangsaan perusahaan Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan