Soalan Akak Ni Pasal "Zombie Attack" Malaysia Memang 'Mengundang'
Betullah orang cakap, media sosial memang tempat paling 'hidup' untuk cari hiburan. Dengan satu soalan ringkas pun, netizen Malaysia boleh jadikan dunia maya penuh gelak tawa.
Tambahan pula, rakyat Malaysia memang terkenal dengan kreativiti luar kotak dan lawak spontan. Sebab itulah setiap hari ada saja perkara viral yang menceriakan dunia maya.
"Kalau ada zombie attack dekat Malaysia..."
Baru-baru ini, pengguna Threads @farahellyana_ mencuri perhatian ramai apabila bertanya satu soalan yang nampak biasa, tetapi cukup mencuit hati.
"Korang, kalau ada zombie attack dekat Malaysia, tempat mana yang paling selamat nak sembunyi? I duduk condo, selamat dah lah kan kalau ada zombie attack?" tanyanya, ringkas.
Tak cukup sampai situ, wanita ini siap 'mengadu' bahawa soalan yang sudah lama berlegar di kepala itu tidak diendahkan suaminya.
"I always have this conversation with my husband tapi dia taknak layan I...," tambahnya.
Mungkin tak puas hati bila suami tak layan, wanita bawa soalan "zombie attack" ini sampai ke Threads.
Jawapan netizen Malaysia memang padu
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang keemasan itu. Macam biasa, bukan netizen Malaysia kalau tak menghiburkan dunia maya.
Hasilnya? Memang tak kering gusi membaca satu per satu komen yang ditinggalkan.
"Rembayung sis. Tak book, tak boleh masuk. Awas zombie..."
"Suka tengok zombie, apartment bahaya. Kalau makanan tak ada, celah mana you nak cari? I prefer duduk rumah atas laut, belum pernah I tengok cerita zombie berenang..."
"Tak perlu lari. Tawakal je jadi zombie juga. Habis cerita!"
"I will give up my life and be zombie, tak payah fikir makan, mandi, nak pergi toilet. Kejar orang aje lah..."
"Mengikut berat badan I, berlari setempat jelah mampu. Tapi I pun selalu fikir benda sama. Kalau zombie and kalau banjir 1 dunia..."
"Samalah kita sis, saya pun terfikir nak selamatkan diri dekat mana, lama dah plan nak buat rumah bawah tanah..."