Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sorok Not RM100 Di Sebalik RM1, Netizen Kagum Dengan Cara Hamba Allah Ni Bersedekah

Gambar: Penang Kini

Pernah dengar kan orang kata, kalau nak bersedekah tangan kanan, pastikan tangan kiri tu tak nampak? Maknanya apa? Ia membawa tafsiran; sorokkanlah perbuatan sedekah itu agar tak diketahui sesiapa.

Pendek kata, sedekah yang diberi tanpa sesiapa pun tahu, sedar dan nampak adalah pemberian yang sangat ikhlas. Tanpa buat story, tanpa snap gambar, tanpa bagitahu siapa-siapa. Cukup sekadar dia dan Allah je yang tahu.

Hari ini dah masuk minggu kedua kita berpuasa kan? Kata-kata tersebut yang asalnya menjadi bidalan nampaknya kini telah pun jadi realiti. Demikianlah seperti yang dikongsikan di laman Facebook Penang Kini hari ini.

Menerusi satu hantaran hari ini, Penang Kini berkongsi beberapa keping foto memaparkan segulung duit kertas yang disedekahkan oleh seorang hamba Allah, dipercayai ketika solat Jumaat siang tadi.

Menariknya, hamba Allah tersebut menyorokkan not yang lebih besar di sebalik sekeping RM1. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini & korang akan ketahui selanjutnya.

Gambar: Penang Kini
Gambar: Penang Kini
Gambar: Penang Kini

Semoga hamba Allah berkenaan dimurahkan rezekinya berlipat kali ganda. InsyaAllah ameen.

Sumber: Penang Kini