Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SPX Express Perkukuh Keupayaan Penghantaran Dengan Pengenalan Kenderaan Elektrik

SPX

SPX Express Perkukuh Keupayaan Penghantaran Dengan Pengenalan Kenderaan Elektrik

SPX Express (SPX), penyedia penyelesaian logistik terkemuka yang membantu perniagaan berkembang dan berdaya saing di seluruh Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil, hari ini memperkenalkan 10 kenderaan penghantaran elektrik (EV) baharu sebagai penambahan terbaharu kepada armadanya untuk operasi di Lembah Klang. Pengenalan EV ini mencerminkan usaha berterusan SPX untuk memperkukuh keupayaan operasinya bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pelanggan di Malaysia. 

Majlis pelancaran kenderaan tersebut telah disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, wakil daripada SPX dan Dongfeng Commercial Vehicle (Malaysia) Sdn. Bhd. 

Seiring dengan peningkatan jumlah penghantaran dan perubahan ekspektasi pelanggan, penambahbaikan berterusan terhadap infrastruktur, teknologi, dan model operasi adalah penting bagi penyedia logistik untuk memastikan perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai.

Kesemua 10 EV tersebut, yang dibekalkan oleh Dongfeng Commercial Vehicle (Malaysia) Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat Sunway Group, dan pengedar tunggal kenderaan komersial Dongfeng di Malaysia, akan digunakan untuk penghantaran bungkusan harian di seluruh Lembah Klang. Setiap kenderaan mempunyai jarak perjalanan sehingga 200km bagi satu pengecasan, kapasiti muatan sehingga 1,015kg dan ruang kargo berkapasiti 4.8m³, bagi memenuhi keperluan operasi penghantaran bungkusan di kawasan bandar.

Penggunaan EV ini juga membolehkan SPX menilai prestasi dan kesesuaian kenderaan tersebut dalam pelbagai keadaan penghantaran. Dapatan daripada operasi ini akan memberikan gambaran dan maklumat yang dapat menyokong perancangan armada SPX dalam jangka panjang. 

Penambahan EV ini melengkapkan pelaburan SPX yang lebih luas dalam pelbagai peringkat proses penghantaran bungkusan. Pada 2025, SPX melabur RM63.2 juta dalam teknologi penyisihan automatik termaju di Pusat Penyisihan Bukit Raja Selatan, yang meningkatkan kapasiti pemprosesan kemudahan tersebut lebih dua kali ganda kepada lebih dua juta bungkusan sehari.

Teknologi automatik tersebut meningkatkan kapasiti dan kecekapan pada peringkat penyisihan, manakala EV memperluaskan pilihan teknologi kenderaan bagi penghantaran jarak peringkat akhir.

Inisiatif-inisiatif ini memperkukuh peringkat yang berbeza dalam proses penghantaran bungkusan. Secara bersama, kedua-dua inisiatif ini menyokong usaha SPX untuk membangunkan rangkaian logistik yang lebih bersepadu, cekap dan berdaya tahan.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi di dalam ucapannya berkata, “Perkhidmatan logistik yang konsisten dan boleh dipercayai memainkan peranan penting dalam mengekalkan keyakinan terhadap ekonomi digital serta menggalakkan penyertaan di dalamnya. Pembinaan ekosistem ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan dengan pihak industri.”

“Kerajaan bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memperkukuh ketersambungan, memacu inovasi dan menggalakkan penyertaan yang inklusif. Pada masa yang sama, pihak industri memainkan peranan penting dengan terus melabur dalam infrastruktur, membangunkan keupayaan baharu serta memanfaatkan teknologi untuk menangani keperluan operasi sebenar.” 

Mengulas mengenai usaha SPX dalam memperkukuh rangkaian penghantarannya, Cheah Lee Sun, Ketua SPX Express Malaysia, berkata, “Keutamaan SPX adalah untuk terus menyediakan penyelesaian penghantaran yang boleh dipercayai dan menjimatkan kos bagi membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Malaysia mencapai dan melayani pelanggan mereka, di samping memenuhi keperluan pembeli yang sentiasa berubah. Ini bermakna kami terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh setiap bahagian rangkaian kami, daripada teknologi penyisihan hingga infrastruktur.”

“Penambahan 10 kenderaan elektrik baharu ke dalam armada kami di Lembah Klang merupakan sebahagian daripada pendekatan ini, yang membantu kami meningkatkan kecekapan operasi penghantaran sambil terus menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai.”

“Dengan mengintegrasikan keupayaan ini secara lebih berkesan, kami akan terus memperkukuhkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kongsi, sambil membina keupayaan yang mampu memenuhi keperluan mereka untuk jangka panjang ”

Intipati
  • SPX Express memperkenalkan 10 kenderaan elektrik baharu untuk operasi penghantaran di Lembah Klang.
  • Setiap EV mempunyai jarak sehingga 200km, muatan 1,015kg dan ruang kargo 4.8 meter padu.
  • SPX turut melabur RM63.2 juta dalam teknologi penyisihan automatik di Bukit Raja Selatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan