Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ST Rosyam Mart Bakal Buka Pasar Raya Pertamanya Di Paragon Market Place, Johor Pada 12 Sept 2026

PASAR

ST Rosyam Mart Bakal Buka Pasar Raya Pertamanya Di Paragon Market Place, Johor Pada 12 Sept 2026

Rakyat Johor, bersiap sedia! ST Rosyam Mart, pasar raya borong dan runcit Halal 24 jam paling berpengaruh dan dipercayai di Malaysia, bakal membuka pasar raya pertamanya di Johor yang terletak di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026.

Bersempena pembukaan yang bakal berlangsung, ST Rosyam Mart hari ini melancarkan inisiatif "Misi Menawan Tampoi", sebuah inisiatif berteraskan komuniti yang bertujuan menawan hati pengguna di Tampoi sambil membangkitkan keterujaan menerusi pelbagai promosi menarik, tawaran eksklusif dan aktiviti yang mengujakan.

Pasar raya borong dan runcit  24 jam yang bakal dibuka ini merupakan satu pencapaian penting buat ST Rosyam Mart apabila Tampoi menjadi cawangan ke-10 nya serta cawangan pertama di Johor dan wilayah Selatan. Dengan keluasan kira-kira 70,000 kaki persegi, ia juga bakal menjadi ST Rosyam Mart terbesar setakat ini serta pasar raya ketiga syarikat yang beroperasi di dalam pusat beli-belah.

Pasar raya ini akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap merangkumi hasil segar, daging dan makanan laut berkualiti, barangan keperluan harian, produk isi rumah, produk jenama selebriti serta barangan runcit secara pukal pada harga borong, disertakan dengan lebih daripada 20 perkhidmatan pelanggan percuma.

Majlis pra-pelancaran yang berlangsung di Grand Paragon Hotel hari ini menghimpunkan wakil pemaju Paragon Market Place, Polis Kampung Melayu Majidee, ahli majlis Majlis Bandar Raya Johor Bahru, ketua-ketua kampung, wakil rumah ibadat, para peniaga Paragon Market Place serta rakan-rakan media.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato' Raymond Ho Cheng Hann, berkata: "Pembukaan ST Rosyam Mart Tampoi merupakan satu pencapaian penting dalam usaha kami mengembangkan operasi ke Johor dan wilayah Selatan. Kami amat menghargai kepercayaan serta kerjasama daripada Joland Group dan Kuopacific Group dalam merealisasikan projek ini.

Bersama-sama, kami berharap dapat membawa lebih nilai, kemudahan serta pengalaman membeli-belah 24 jam bertaraf lima bintang yang menjadi identiti Sri Ternak dan ST Rosyam Mart kepada rakyat Johor, termasuk para pengunjung dari negara jiran Singapura, apabila kami membuka pintu secara rasmi September ini."

Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor, berkata, "Tampoi merupakan satu lagi detik penting buat ST Rosyam Mart apabila kami membawa pengalaman membeli-belah 24 jam bertaraf lima bintang ke Johor buat pertama kalinya.

Melalui inisiatif ‘Misi Menawan Tampoi’, kami berharap dapat menawan hati masyarakat Tampoi dengan menawarkan produk berkualiti pada harga borong, nilai terbaik serta kemudahan lebih 20 perkhidmatan percuma di bawah satu bumbung. Berpandukan janji kami, 'Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat!', kami tidak sabar untuk mengalu-alukan rakyat Johor, khususnya warga Tampoi, pada September ini. Orang Johor, khususnya warga Tampoi, kami dah nak datang!"

Selain mengumumkan tarikh pembukaan rasmi, ST Rosyam Mart turut memperkenalkan Peraduan Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta, termasuk sebuah kondominium percuma, kereta serta pelbagai hadiah menarik lain. Pelanggan yang berbelanja minimum RM300 di mana-mana pasar raya Sri Ternak atau ST Rosyam Mart layak menyertai peraduan ini.

Sebagai sebahagian daripada kempen "Misi Menawan Tampoi", ST Rosyam Mart turut memperkenalkan drama web berasaskan kecerdasan buatan (AI) sebanyak 11 episod berjudul "Misi Untuk Rakyat", yang mengisahkan perjalanan empat kakitangan ST Rosyam Mart dalam mengharungi pelbagai cabaran untuk menghantar bekalan ke Tampoi. Episod akhir siri ini akan ditayangkan sempena Majlis Pembukaan Rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Majlis Pembukaan Rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026 jam 8:30 pagi, serta menikmati promosi pembukaan eksklusif, pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart, layari www.sriternak.com atau ikuti Facebook, Instagram, and TikTok.