Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Star Grocer Cyberjaya Sahkan Beberapa Pekerja Dijangkiti Covid-19, Kali Terakhir Bekerja Pada 7 Februari 2021

Star Grocer cawangan Cyberjaya tadi memaklumkan terdapat beberapa kakitangannya yang bertugas di situ telah disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook rasminya itu, kali terakhir pekerjanya dilaporkan bertugas pada 7 Februari 2021 dan telah disahkan positif pada 9 Februari 2021.

Susulan daripada itu, pihak Star Grocer memaklumkan untuk menutup premis tersebut pada 10 Februari 2021 untuk melakukan kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman mengikut SOP KKM.

Pihak mereka akan terus memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang maklumat lanjut mengenai wabak ini menerus platform Facebook.

Sumber: Star Grocer