Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Steady..,” Menantu Bangga Ibu Mentua Umur 70 Tahun Masih Bertenaga Tawan Puncak Gunung Datuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Diberi kesihatan yang baik juga merupakan satu rezeki daripada Tuhan yang maha Esa. Walaupun sudah dikategorikan sebagai golongan warga emas tetapi wanita ini tetap semangat melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak dan cucu.

Kisah seorang ‘nenek’ berusia 70 tahun ini masih sihat melakukan aktiviti bersukan seperti berjogging dan mendaki bukit. Wanita kuat ini telah mencipta satu kejayaan apabila berjaya mendaki ke Gunung Datuk di Negeri Sembilan.

“Dia selalu berjogging dan ini kali pertama dia daki”

Menurut menantu perempuannya, Puteri Faezah berkata ibu mentuanya sangat teruja apabila hendak mendaki gunung tersebut. Walupun begitu, anak-anak risaukan kesihatan ibu mereka. Tetapi dengan semangat yang tinggi, wanita yang bernama Siti Rohani ini berjaya mendaki ke puncak Gunung Datuk.

Planning kami sebenarnya saya husband anak2 dan anak buah je, tapi mak excited nak ikut kami risau jugak. Tapi mak sangat yakin, so kami bawa je.

Banyak kali kami suruh mak patah balik kalau tak larat, tapi mak tetap nak teruskan Alhamdulillah, sampai atas.

Wanita ini semasa dihubungi berkata, gunung Datuk ini mempunyai ketinggian 884 meter bersamaan 2090 kaki. Sama-sama kita doakan agar Puan Siti Rohani sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: Puteri Faezah