Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

STR Fasa 3 Disalur Secara Berperingkat Mulai Hari Ini

STR Fasa 3
Kredit: Bernama

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula disalurkan secara berperingkat mulai hari ini (15 Ogos) kepada 5.3 juta penerima.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata jumlah penerima itu meningkat sebanyak 300,000 berbanding 5 juta penerima pada awal tahun ini.

Menurutnya, kerajaan juga memperuntukkan RM1.2 bilion bagi pembayaran Fasa 3.

"Daripada 5.3 juta penerima tersebut, 3.9 juta merupakan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana rendah, manakala 1.4 juta merupakan warga emas tiada pasangan.

"Bagi Fasa 3, penerima akan menerima bayaran antara RM150 dan RM600, bergantung kepada pendapatan dan bilangan anak, manakala warga emas tiada pasangan akan menerima RM150," katanya.

Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai 15 Ogos 2026.

Manakala, penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula boleh mendapatkan bayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

Tambah MOF lagi, jumlah keseluruhan STR yang disalurkan bagi tiga fasa tahun 2026 mencecah RM3.6 bilion.

"Bergantung kepada kategori kelayakan, penerima boleh menerima bantuan sehingga RM3,300 secara terkumpul setakat Ogos 2026 melalui STR Fasa 1 hingga Fasa 3 serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.

"Jumlah ini tidak termasuk pemberian one-off SARA untuk Semua kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas," ujarnya lagi.

Selain itu, bagi mengurangkan risiko keciciran, permohonan baharu dan rayuan STR dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my.

Intipati
  • Kementerian Kewangan memaklumkan bayaran STR Fasa 3 disalurkan berperingkat mulai hari ini.
  • Bayaran itu melibatkan 5.3 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.2 bilion.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan