Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Isteri Maut, Bayi Cedera Kemalangan Di Kota Tinggi

Athirah
Suami Isteri Maut
Kredit: Bernama

Suami Isteri Maut, Bayi Cedera Kemalangan Di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU, 16 Nov (Bernama) — Sepasang suami isteri maut manakala bayi berusia enam bulan cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan pemandu lelaki berusia 24 tahun serta wanita 28 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Bayi perempuan yang duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak cedera di kepala dan sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah lori kelapa sawit tanpa muatan, sebelum serpihan kemalangan terkena Toyota Vios

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 47 tahun hanya cedera ringan manakala lelaki 46 tahun yang memandu Vios tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Usia Bukan Penghalang Dua Warga Emas Genggam PhD
BACA: Syarikat Kerajaan, Swasta Tawar Cuti Haid Berbayar Kepada Pekerja Wanita

Sumber: Bernama