Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Rajin Basuh Dan Sidai Baju, Cuci Pinggan, Kemas Rumah, Isteri Hadiahkan PS5 Buat Suami Menangis

Gambar via @adlinayusof
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bantu-membantu antara satu sama lain adalah satu keperluan dalam berumah tangga. Bukan sahaja tugas isteri, suami juga perlu ringan tangan membantu melakukan kerja harian di rumah. Mana tahu dapat surprise macam lelaki dalam video ni.

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @adlinayusof ini mendapat 59.8 ribu tontonan dan lebih dua ribu sukaan.

Dalam video ini, Adlina memperlihatkan kerajinan suaminya membantu melakukan kerja rumah seperti menyidai pakaian, mencuci pinggan sehingga pergi ke pasar dan siang lauk.

Sebagai tanda penghargaan atas penat lelah suami, sang isteri menghadiahkan sesuatu yang sudah lama diidamkan suaminya iaitu PS5.

Mari kita tonton video di bawah, mana tahu boleh jadi motivasi untuk para suami diluar sana.

Sumber: TikTok @adlinayusof