Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Terbaring Di Atas Lantai, Foto Wanita Selfie Selepas Bersalin Tular

Siti Natrah Jusof
Kredit Foto: Daily Mail

Pasti ramai yang pernah mendengar kisah mengenai para suami yang takut untuk menemai isterinya masuk ke bilik bersalin.

Namun ada saja yang masih sanggup menemai isterinya walaupun takut sehingga boleh menyebabkan suami pengsan melihat proses kelahiran.

Seorang wanita telah memuatnaik sekeping gambar dalam bilik bersalin selepas selamat melahirkan anak telah menjadi tular.

Gambar selfie wanita berkenaan yang telah menjadi viral kerana kelihatan suaminya terbaring di atas lantai yang menjadi latar belakang gambar wanita berkenaan.

Kredit Foto: Rachfeed

Kelihatan juga menerusi gambar yang dirakam wanita berkenaan, beberapa orang kakitangan perubatan di hospital berkenaan mengelilingi lelaki tersebut.

Kini, terdapat banyak hospital yang tidak membenarkan para suami untuk menemani isterinya ketika dalam bilik bersalin.

Pasangan tersebut selamat menerima kelahiran anak mereka namun suaminya gagal mengendalikan detik itu menyebabkan dirinya terbaring di atas lantai.

Tidak pasti sama ada lelaki berkenaan terbaring selepas isterinya selamat bersalin atau ianya berlaku sebelum anaknya dilahirkan lagi.

Sumber: Rachfeed