Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sultan Pahang Titah Semua Masjid Di Pahang Adakan Solat Hajat, Doakan Jerebu Sarawak Pulih

Sultan Pahang
Kredit: Bernama

Semua masjid di seluruh negeri Pahang dititahkan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah SWT agar keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini bertambah baik.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan solat hajat tersebut diadakan bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat negeri Sarawak yang sedang dilanda jerebu.

Kredit: Kesultanan Pahang

“Paduka Baginda bertitah, doa dan ikhtiar perlu berjalan seiring dalam menghadapi keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan rakyat,” kata Kesultanan Pahang dalam satu kenyataan di Facebook.

Baginda turut menasihatkan masyarakat di Sarawak supaya mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri.

“Khususnya berkaitan keselamatan dan kesihatan sepanjang keadaan jerebu berkenaan serta mengambil langkah sewajarnya,” titah Baginda.

Intipati
  • Semua masjid di Pahang dititahkan mengadakan solat hajat berhubung keadaan jerebu Sarawak.
  • Sultan Pahang memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak yang sedang dilanda jerebu.
  • Baginda menasihatkan masyarakat Sarawak mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan keselamatan dan kesihatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan