Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
SULTAN SELANGOR BOLA SEPAK
Kredit: Bernama

Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan

BERNAMA

Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan penyokong bola sepak agar sentiasa menjaga disiplin, tingkah laku dan adab sama ada di dalam stadium mahupun di luar, demi memelihara maruah pasukan dan negeri.

Baginda bertitah para penyokong perlu mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh mengundang hukuman atau denda serta menyalurkan ketidakpuasan hati melalui saluran yang betul.

“Jauhilah najis dadah yang boleh merosakkan akhlak dan pemikiran. Sokongan yang bersemangat hendaklah disertai disiplin dan kebijaksanaan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran dan Jualan Buku Gemilang: Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor sempena Hari Legasi Merah Kuning di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin yang juga Penaung Selangor FC bertitah bola sepak merupakan instrumen sukan terbaik dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Baginda bertitah sukan itu menjunjung tinggi nilai hormat dan kesukanan walaupun wujud persaingan sengit antara pasukan.

“Inilah roh bola sepak yang wajar kita kenang dan warisi,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan harapan agar pasukan Selangor terus maju dengan penuh keyakinan serta memelihara legasi kegemilangan untuk generasi akan datang.

Sultan Sharafuddin mengimbau kegemilangan Selangor pada era 1960-an hingga 1980-an apabila pasukan itu berada di puncak liga dan mampu bersaing pada peringkat antarabangsa meskipun tanpa pemain import.

Baginda bertitah kejayaan itu dicapai melalui usaha mencungkil bakat anak tempatan dari setiap daerah, selain menitikberatkan disiplin, kesungguhan dan semangat cintakan pasukan.

“Pendekatan ini telah melahirkan pemain berjiwa besar serta mewujudkan hubungan emosi yang kukuh antara pasukan dan penyokong,” titah baginda.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah

Sumber:BERNAMA